spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Personaliti wanita teresak-esak lapor berita Rayyan Awram

- Advertisement -spot_img

Kes kanak-kanak Maghribi, Rayyan Awram yang terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter selama lebih 70 jam dan meninggal dunia sebelum berjaya diselamatkan memberi impak kepada seluruh global.

Seorang personaliti televisyen yang melaporkan berita kanak-kanak itu turut gagal menahan sebak. Dia dilihat menangis teresak-esak gara-gara terlalu hiba dengan laporan berkenaan.

Sedutan video mengenai penyampai wanita itu turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga meraih 2.9 juta tontonan.

IMG_2851

Terdahulu pada Ahad pagi, Istana Diraja Maghribi mengesahkan kanak-kanak berusia lima tahun itu telah meninggal dunia.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kematian tragis kanak-kanak tersebut, kata pihak istana dalam satu kenyataan.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Pasukan penyelamat berusaha tanpa henti bagi menyelamatkannya termasuk membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases