spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Penjara 7 tahun langgar SOP, sama hukuman bunuh tanpa niat

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

Seorang pegawai kesihatan dikenali Mak Limah rasa tidak puas hati dengan Cik Kiah yang juga jirannya.

Ekoran rasa tidak puas hati itu menyebabkan Mak Limah bertindak melaporkan kepada pihak atasan yang Cik Kiah ini disyaki dijangkiti pandemik Covid-19.

Tindakan Mak Limah ini berikutan dia melihat ruang dan peluang daripada pindaan Akta 342 yang memberi kuasa kepada seseorang pegawai jika mendapati mana-mana orang yang disyaki atau dipercayai telah dijangkiti atau mana-mana kontak.

Lalu pihak berkuasa di bawah pindaan Akta 342 Seksyen baharu 21a yang membolehkan Ketua Pengarah mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.

Klausa ini memberi kuasa kepada pegawai berkenaan membawa Cik Kiah dan mengurungnya di pusat khas kuarantin mengikut Seksyen baharu 14a dibawah akta sama iaitu menjalani pengasingan dan pengawasan bagi tempoh difikirkan patut dan pegawai diberi kuasa guna kekerasan

Malah dibawah pindaan Seksyen baharu 15a, Cik Kiah diperintah untuk memakai atau menggunakan peranti pengesanan.

Kegagalan mematuhi atau melanggar mana-mana seksyen dibawah Akta 342 ini adalah tiada penalti sebaliknya Cik Kiah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya atau sesuatu pertubuhan perbadanan didenda tidak melebihi RM2 juta.

Senario di atas adalah pemahaman awam berdasarkan beberapa pindaan baharu Akta 342 yang dijangkakan akan digubal pada bulan Februari ini.

Lebih mengejutkan, hukuman tujuh tahun penjara sama seperti kesalahan Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat juga hukuman tujuh tahun penjara.

Pindaan Akta 342 memberi kuasa penuh kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pegawai-pegawainya untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang disyaki kena jangkitan.

Undang-undang ini dipanggil “Docranian Law” iaitu undang-undang yang bersifat ‘komunis’ kononnya untuk mengekang pandemik tetapi realitinya cubaan mendapatkan kuasa penuh.

Klausa-klausa dalam pindaan akta ini amat membimbangkan dan menakutkan rakyat.

Tujuh tahun penjara sama seperti Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) mendatangkan kecederaan serius, Seksyen 363 KK kerana menculik, Seksyen 506 KK kerana ugutan jenayah, Seksyen 379 KK kerana menyamun dan Seksyen 393 KK kerana cuba mencuri.

Sehubungan itu, katanya Ahli Parlimen perlu diberi penjelasan dan maklumat yang benar kerana setiap keputusan menentukan bukan sahaja nasib dan nyawa rakyat malah boleh menyebabkan rakyat menolak mereka

Sudah banyak contoh bagaimana rakyat berkuasa menolak pemerintahan diktator dan zalim.

Jangan ulang kembali sejarah kerana sejarah itu tujuannya untuk pelajaran umat manusia.

Sementara itu, Pakar Perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berpendapat perlunya satu Jawatan Kuasa bebas bagi meneliti pindaan Akta 342 dan bukannya ia diserahkan sebulat-bulatnya kepada satu organisasi atau agensi sahaja.

Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz

“Ia perlu mengambil kira cara maufakat membuat keputusan itu, adalah lebih baik satu jawatan kuasa ditubuhkan untuk membuat sebarang keputusan bukannya satu individu atau jabatan tertentu.

“Saya bimbang berlakunya satu pemusatan kuasa, yang beri kuasa budi bicara amat luas dan boleh buka ruang penggunaan kuasa tanpa had, tanpa terkawal.

“Saya lebih gembira setiap keputusan diputuskan satu jawatan kuasa bebas bukannya hanya satu orang individu seperti Ketua Pengarah dan sebagainya,”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan meminta KKM perjelaskan pindaan Akta 342 dan apa keperluannya sehingga amat menakutkan rakyat.

“PPIM menerima banyak aduan rakyat yang keliru dengan perlaksanaan SOP Covid-19, sehingga ramai dipenjarakan kerana tidak memakai topeng muka. Kita bimbang dengan pindaan baharu, ada salah guna kuasa dan penjara pula penuh dek kerana isu yang mempunyai agenda tertentu,” katanya.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases