spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pejalan kaki maut dilanggar kereta

- Advertisement -spot_img

TANJUNG MALIM: Pedih dan memilukan sebuah kenderaan telah melanggar seorang pejalan kaki hingga mengakibatkan kematian di Kilometer 111, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara di sini pagi tadi.

 Seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kilometer 111,

Kejadian langar lari itu berlaku kira-kira jam 6 pagi, mangsa yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Sumber PDRM.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada berhampiran garisan lurus bahu jalan dan berjalan kaki menghala ke Slim River.

Katanya, lelaki itu kemudiannya dilanggar sebuah kenderaan tidak pasti hingga menyebabkan dia cedera parah di kepala.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

“Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti ekoran tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mayat dan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, usaha sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat mangsa dan waris lelaki terbabit.

Katanya, orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 198.

Sumber Kosmo.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases