spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Obsesi Tun M terhadap Najib kini kembali

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM : Sudah sihat sedia kala atau mungkin rindu, boleh digambarkan apabila Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad kembali meratib mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, dalam hantaran Facebooknya, hari ini, menyindir Tun Mahathir apabila dilihat kembali mempunyai kekuatan untuk menulis warkah kepada pengundi Johor yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

“Eh.. dia kembali ratib nama saya dah. Maksudnya dia benar-benar dah pulih tu.Terbaik!

“Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik pada Tun Mahathir dan ALLAH permudahkan semua urusan beliau,” katanya.

Najib malah berkongsi pautan bergambar memaparkan surat yang ditulis Tun Mahathir yang juga Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu di hantaran sama.

Sementara itu, Tun Mahathir yang diketahui umum suka menulis di blog rasminya, CheDet memuat naik surat berkenaan di laman Facebooknya, semalam berkata, rakyat Johor menolak calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada 2018.

Ini kerana katanya, UMNO/BN tidak mahu bertindak dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

“Kali ini, mereka (UMNO) masih lagi mempertahankan kleptokrat. Kerana itu parti saya, Pejuang akan menyertai PRN Johor dan akan berusaha menyekat kleptokrat dan kluster mahkamah mencapai perancangan mereka.

“Saya pasti pengundi Johor akan bersama Pejuang untuk menyekat perancangan mereka,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases