spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kurang kerusi UMNO atas dasar musyawarah

- Advertisement -spot_img

Oleh Nurman Nasyriq

BATU PAHAT –  Langkah UMNO mengurangkan kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan sikap bertolak ansur antara parti-parti dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keputusan itu juga membuktikan BN mengamalkan prinsip bermusyawarah.

“Bila anda ada lebih daripada satu parti seperti dalam Barisan Nasional, kena ada istilah tolak ansur, ia tak boleh ambil semua dekat kita.

“Bila datang kepada parti seperti ada UMNO, MCA, ada MIC dan kita pula adalah gabungan daripada 60 tahun. Jadi, kita kena ada sifat tolak ansur,” katanya selepas merasmikan Program Kesejahteraan Keluarga dan Pembangunan Minda Kesihatan Masyarakat Orang Asli Daerah Batu Pahat di Kampung Dalam, Parit Sulong, di sini hari ini.

Mahdzir mengulas mengenai laporan media bahawa parti itu membatalkan hasrat untuk bertanding di 42 kerusi dengan hanya meletakkan calon di 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

”UMNO juga bertolak ansur, MIC juga kena bertolak ansur, MCA juga bertolak ansur. Akhirnya ada kata sepakat yang diputuskan semalam,” katanya.

Semalam, ketika mengumumkan calon di Johor Bahru, UMNO membenarkan parti komponennya MCA dan MIC untuk mengekalkan jumlah kerusi sama yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

UMNO bagaimanapun akan bertanding di dua kerusi tambahan berbanding pada PRU lalu setelah menyerap kuota dua kerusi Gerakan yang bukan lagi sebahagian daripada BN.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases