spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL Thunder ‘wajib’ menang untuk kekal kedudukan STL

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Minggu lalu, Kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022 baru saja melabuhkan tirainya di Kompleks Panji, Kota Bahru, Kelantan.

Manakala, untuk minggu ketujuh, menyaksikan para pemain akan berentap di kawasan utara semenanjung Malaysia pula, iaitu di Pulau Pinang.

Pasukan KL Thunder bakal beraksi di Spice Arena Pulau Pinang dan akan berentap dengan pasukan Selangor Pistons pada Jumaat.

Ia disusuli pertembungan dengan pasukan Perak Bison pada Sabtu manakala akan bertemu tuan rumah Penang Black Panthers pada hari Ahadnya.

KL Thunder dijangka bangkit setelah berhadapan kekalahan pada minggu keenam di Kelantan ketika menentang Johor Tigris.

Semangat membara KL Thunder akan meletakan misi penting untuk perlawanan di Pulau Pinang kelak.

Rashidi Nordin, jurulatih KL Thunder.

Menurut jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin, KL Thunder mempunyai misi penting iaitu tidak boleh kalah dalam setiap perlawanan di Pulau Pinang ini sekiranya ingin mengekalkan kedudukan dalam STL.

“Minggu ketujuh ni memang merupakan misi paling getir KL Thunder, kerana sekarang kita lihat kedudukan mata Penang Black Panther kini sama, cuma Penang Black Panther mempunyai satu kelebihan satu perlawanan

“Untuk perlawanan di Pulau Pinang, memang KL Thunder memerlukan 3 kemenangan, seandainya KL Thunder menang 3 perlawanan ini, maknanya kami boleh kekalkan dalam kedudukan kedua

“Sekiranya tidak berjaya, jadi agak sukar buat KL Thunder untuk kekalkan kedudukan yang terbaik dalam STL, kita memang letak perancangan wajib menang, sekiranya gagal jadi agak berisiko untuk kedudukan KL Thunder,”luahnya.

Tambahnya lagi, segala persiapan rapi sudahpun dilakukan oleh pemain KL Thunder untuk beraksi di Pulau Pinang nanti dan memberikan saranan bersiap sedia mental dan fizikal untuk sebarang kemungkinan disana nanti.

“Saya memberikan nasihat kepada para pemain agar menyerap tekanan terutamanya bila berhadapan dengan tuan rumah dan penyokong mereka yang ramai

“Bermain seperti biasa, yang penting tugas utama adalah serangan tekong KL Thunder dan pertahanan, sekiranya kita lakukan terbaik, jadi segala tekanan tersebut, boleh dihiraukan,

“Barisan pemain yang akan diturunkan di Pulau Pinang nanti mungkin akan sedikit berbeza dan pertukaran pemain akan dilakukan , apa pun kita kena lihat tahap latihan mereka serta kesihatan yang paling utama,” jelas Rashidi Nordin.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases