spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL Thunder temui peminat di Pulau Pinang

- Advertisement -spot_img

KEPALA BATAS: Bagi meraikan dan menghargai peminat yang sentiasa menyokong di saat jatuh bangun, pasukan KL Thunder telah mengadakan sesi “meet & greet” bersama peminat khusus buat warga Pulau Pinang.

Sesi ”meet & greet” berkenaan telah diadakan di Ibu Pejabat Kovra, Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 7,50 hingga 9 malam di sini, hari ini.

Kesemua barisan pemain KL Thunder telah turun padang dan bertemu dengan peminat mereka.

Aktiviti yang diadakan adalah sesi bergambar dan beramah mesra bersama warga Pulau Pinang sebelum menjelang perlawanan menentang tuan rumah Penang Black Panthers yang dijadualkan esok malam.

Rata-rata yang hadir teruja apabila dapat bertemu secara lebih dekat bersama pemain pujaan mereka.

Inisiatif ini bertujuan mendekati peminat yang sentiasa menyokong tanpa jemu dan menjadi tulang belakang KL Thunder hingga saat ini.

Haikal

Menurut salah seorang peminat KL Thunder Haikal, dia yang sudah mengikuti KL Thunder sejak daripada tahun 2017 meluah rasa teruja apabila dapat bertemu dengan pemain kegemarannya.

“Saya datang sini sebab nak berjumpa dengan pemain KL Thunder, lagipun saya dah ikut perkembangan mereka sejak daripada tahun 2017 lagi, teruja juga dapat berjumpa depan-depan macam ini,” luah Haikal.

Kanan Kamal, kiri Faiz

Selain itu, Faiz dan Kamal yang merupakan rakan karib mempunyai minat sama iaitu meminati pasukan KL Thunder, menurut dua sahabat ini, pasukan ini dilihat semakin meningkat prestasinya setiap tahun.

“Rasa lain sangat bila dapat berjumpa secara depan-depan, selalu lihat dalam televisyen saja, kami sudah mengikuti KL Thunder ini, kalau ikutkan bermula sewaktu Syahir dan Azlan bermain dengan pasukan Penang dahulu,

“Kami lihat prestasi KL Thunder kian meningkat dalam setiap perlawanan namun agak terkejut apabila perlawanan semalam menentang Selangor Piston kerana tewas, sebab kami harapkan kemenangan buat KL Thunder

“Untuk perlawanan menentang tuan rumah nanti, harapnya KL Thunder lakukan yang terbaik dan pamerkan aksi cemerlang,” kata Faiz dan Mohd Haikal.

Azlan Alias

Dalam pada itu, apit kanan KL Thunder, Azlan Alias meluahkan rasa terharu kerana dapat bertemu dengan peminat mereka meskipun berada jauh di utara semenjung Malaysia.

“Pertama sekali rasa bersyukur kerana mereka sanggup datang untuk bertemu dengan kami disini, saya hargai sangat usaha mereka, terima kasih banyak saya ucapkan, teruskan menyokong KL Thunder pada masa akan datang,” luah Azlan.

Selain itu, Azlan yang merupakan bekas pemain Penang Black Panthers berkata pertembungan dengan pasukan lamanya itu esok jam 8 malam, merupakan satu perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat, khususnya yang berada di Pulau Pinang.

“Kami memang sudah bersedia bermula dari KL lagi, jadi bila datang ke Pulau Pinang memang fokus untuk mencari kemenangan saja, sekiranya tidak ada rezeki, tak apa, kami akan usaha lagi, jadi tiada istilah putus asa buat kami,” luahnya

KL Thunder

 Apit kanan KL Thunder, Azlan berkata perlawanan menetang tuan rumah esok merupakan satu perlawanan yang dinantikan kerana ia bakal menguji kekuatan mental kerana akan diuji dengan sorakan gemuruh penyokong daripada tuan rumah.

“Rasanya sudah lama kami tidak dapat suasana penyokong yang ramai, maklumlah sebelum ini pandemik, jadi ia satu perkara menarik kerana dapat menguji kekuatan mental dalam, jadi kita lihat dulu macam mana perlawanan esok,

“Meskipun saya pernah berada dalam pasukan Penang Black Panthers dulu, tapi saya fikir secara professional dan walaupun telah bertukar pasukan namun tetapkan dalam diri, hanya ingin buat yang terbaik,” jelasnya.

Menurut Syahir Rosdi, yang merupakan bekas pemain Penang Black Panthers, menyatakan perlawanan menentang pasukan lamanya itu, satu pertembungan yang akan meninggalkan impak kepada kedua-dua pasukan.

“Perlawanan dengan Penang Black Panthers, satu perlawanan yang lain sedikit, kerana bila berada di kawasan tuan rumah, dengan sorakan gemuruh penonton, pasti membuatkan debaran tu makin terasa, tapi persediaan mental dan fizikal, kami sudah persiapkan daripada KL lagi

“Khabarnya malam ini ramai yang datang, walaupun pasukan lawan merupakan pasukan lama saya, namun saya masing-masing mempunyai kekuatan sendiri, misi saya dan KL Thunder adalah untuk menguasai permainan dan lakukan yang terbaik nanti,” luah Syahir Rosdi.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases