spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL Thunder sepikan sorakan penonton Penang Black Panther

- Advertisement -spot_img

BAYAN BARU Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, itulah ungkapan yang boleh dikatakan buat KL Thunder apabila berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah, Penang Black Panthers dengan mata dua berbalas kosong.

Meskipun stadium ARENA SPICE kedengaran sorakan gemuruh penonton daripada pasukan lawan, namun tidak mematahkan semangat KL untuk terus berjuang untuk misi mencari kemenangan.

Perlawanan semakin sengit apabila gandingan mantap tekong Thunder, Syahir Rosdi, Amirul Zazwan (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) mula mendapat rentak permainan pada malam ini.

KL Thunder dilihat memberikan asakan penuh kepada pasukan tuan rumah apabila hantaran Syahir serta libasan balas Azlan Alias agak menjadi lalu menyepikan sorakan penonton buat seketika.

Di set pertama, menyaksikan KL Thunder berjaya menundukan tuan rumah serta mendominasi perlawanan pada awalnya, percaturan pemain KL Thunder juga berhasil dan berjaya mengalahkan Penang di set pertama dengan mata agak jauh 21-10.

Manakala, di set kedua, KL Thunder tidak memberikan ruang dan peluang kepada pasukan tuan rumah untuk mengejar mata kedudukan, malah rentak permainan KL Thunder juga dilihat sedikit berbeza berbanding perlawanan semalam, tanpa membuang masa, KL Thunder telah membenam Penang Black Panthers di set kedua dengan mata jauh, 21-12 serta sekali gus berjaya memperolehi kejayaan sebentar tadi.

Zambri Abdul Rahman.

Menurut pengurus KL Thunder, Zambri Abdul Rahman, dia berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh para pemain sebentar tadi kerana melakukan aksi cemerlang dan terbukti apabila berjaya meninggalkan mata kedudukan di kedua-dua set.

“Alhamdulilah, itulah Kuala Lumpur Thunder kerana permainan yang ditunjukkan hari ini, itu merupakan permainan sebenarnya bagi kami serta sangat memberangsangkan, kini hanya tinggal berbaki dua perlawanan lagi dan kemudian akan ke Champion Cup,

“Jika kita lihat perlawanan sebentar tadi, itulah tahap sebenar mereka, sepatutnya setiap perlawanan harus mempamerkan sedemikian rupa, dengan kemenangan menentang tuan rumah ini, kami anggap ia rezeki dengan hasil kerja usaha, walaubagaimana pun, jangan riak serta takbur, semuanya hanya Allah yang tentukan,” luahnya kepada Wacanakini.

Amirul Zazwan

Menurut kapten KL Thunder, Amirul Zazwan berkata, sepanjang kejohanan ini berlangsung, perlawanan menentang Penang Black Panthers di pusingan kedua ini merupakan pencapaian terbaik bagi pasukannya.

“Perlawanan menentang tuan rumah, alhamdulilah berpihak kepada KL Thunder, saya rasa perlawanan pada malam ini merupakan paling terbaik yang pernah kami lakukan sepanjang musim ini,

“Kemenangan malam ini merupakan satu simbolik kebangkitan kembali buat KL Thunder, dengan kehadiran ramai penonton tuan rumah ini, membuatkan kami ingin lagi menunjukan kebolehan yang ada, yang selebihnya kami serahkan kepada tuhan dan atas usaha juga,” jelasnya.

Syahir Rosdi.

Rentak permainan yang ditampilkan oleh tekong KL Thunder, Syahir Rosdi dilihat memberangsangkan apabila semua hantaran yang dilakukan menjadi serta tetap pada sasaran pihak lawan.

“Perlawanan tadi, apa yang boleh saya katakan, kami sudah lakukan persediaan yang rapi, sebab kita tahu penyokong Penang bagaimana fanatiknya

“Kemenangan dua kosong tu saya sangat bersyukur, sebab sebelum perlawanan bermula, saya semalaman tidak tidur memikirkan susun atur strategi untuk berhadapan bekas pasukan saya ini sebab bukan mudah untuk berlawan dengan mereka sebenarnya, tambahan pula dengan bilangan penyokong yang ramai

“Kami masih lagi tercari-cari lagi rentak sebenarnya, sepanjang STL saya nampak banyak kekurangan, jadi rentak kemenangan banyak yang hilang, dan alhamdulilah perlawanan menentang Penang baru jumpa balik, Insha allah kami akan kekalkan momentum seperti ini masa akan datang,” kata Syahir Rosdi.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases