KUALA LUMPUR: Pertembungan KL Thunder antara Putrajaya Cyborg hari ini dapat dilihat agak sengit apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi mendebarkan dalam perlawanan minggu ke enam sebentar tadi.
Juara bertahan ini kembali bangkit apabila berjaya mengalahkan Putrajaya Cyborg di pusingan kedua dan misi membalas dendam nampaknya terhasil dengan mata 2-0 (21-19, 21- 18).
Set pertama menyaksikan kemenangan buat KL Thunder apabila berjaya meraih mata sengit 21- 19.
Tanpa membuang masa, set kedua KL Thunder berjaya membenam pasukan lawan dengan mata 21- 18, dan sekali gus berjaya meraih kemenangan pada perlawanan petang ini.
Meskipun begitu, tekong utama KL Thunder tidak dapat beraksi pada perlawanan kali ini dan digantikan oleh Ahmad Aizat untuk beraksi.
Dengan ketidakberadaan Syahir Rosdi, ia tidak menganggu prestasi dan corak permainan yang ditampil oleh para pemain KL Thunder kerana mereka berhasil mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Putrajaya Cyborg.
Jurulatih KL Thunder meluahkan rasa berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya sebentar tadi, segala persiapan dan latihan yang diberikan nampaknya telah dimanfaat sepenuhnya oleh pemain KL Thunder untuk mengaji gerak geri pasukan lawan.
“Alhamdulilah kita menang perlawanan menetang Putrajaya pada pembukaan pusingan kedua ini, KL Thunder mengharapkan pusingan kedua ini dapat menunjukkan satu peningkatan prestasi permain,
“Untuk perlawanan pertama, pusingan kedua kami berjaya, banyak perkara lagi yang perlu dipertingkatkan segi serangan, yang mana dapat saya lihat perlawanan petang ini, pertahanan KL Thunder amat baik, ia juga salah satu faktor kemenangan hari ini
“Namun, perlu diingatkan kepada pemain, perlu tingkatkan lagi serangan untuk perlawanan akan datang, dan saya berpuas hati pada perlawanan menentang Putrajaya hari ini,” ujar jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin.
Menurut kapten KL Thunder, Amirul Zazwan berkata, misi membalas dendam untuk KL Thunder nampaknya membuahkan hasil apabila berjaya membenam pasukan ini di pusingan kedua dengan mata 2-0.
“Saya rasa perlawanan hari ini kami sudah buat yang terbaik, memang datang hari ini untuk misi membalas dendam, daripada segi permainan pula, kami agak meningkat kerana keyakinan diri tu ada pada kali ini,
“Memang berpuas hati kerana berjaya menebus kembali kekalah KL Thunder ketika menentang Putrajaya Cyborg pada pusingan pertama sebelum ini, memang kami meletakkan sasaran misi membalas dendam dan akhirnya berjaya juga dengan kemenangan dua kosong,” luah kapten pasukan KL Thunder Amirul Zazwan.
Meskipun begitu, tekong KL Thunder, Ahmad Aizat kurang berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan menentang Putrajaya Cyborg kerana menurutnya terdapat kesilapan kecil yang dilakukan.
“Pada perlawanan hari ini, saya kurang berpuas hati dan kecewa dengan rentak permainan saya kerana berlaku sedikit kesilapan tadi, dan berharap agar tidak mengulangi lagi kejadian yang sama
“Disebabkan pihak lawan pun melakukan kesilapan yang sama jadi, ia satu bonus buat kami untuk mengecapi kemenangan pada hari ini dan kemenangan tadi kerana pertahanan KL Thunder yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang,” kata Ahmad Aizat.