spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kerajaan digesa dedah maklumat senarai ‘narcos’ 1MDB

- Advertisement -spot_img

Ada satu drama siri popular di Netflix berjudul ” Queen of South” berkisar tentang seorang wanita cuba meneruskan kehidupan setelah diperangkap teman lelakinya.

Teman lelakinya adalah pemberi maklumat merangkap akauntan bagi Kartel Dadah.

Teman lelaki ini menyimpan sebuah buku mengandungi senarai pegawai-pegawai kerajaan yang dirasuah, lokasi simpanan wang dadah, lokasi makmal dadah dan sebagainya. Buku itu telah diberikan kepada wanita itu dan menjadi cagaran kepada nyawanya.

Setelah pihak kartel mengetahui perkara ini, teman lelaki itu menjadi buruan kartel dan agensi Anti Dadah Amerika Syarikat (AS). Senarai itu dinamakan ‘Narcos List”.

Memang benar jenayah terancang antarabangsa memiliki senarai orang-orang yang disogok manakala pelakunya ada latar belakang akauntan. Cuba renung, siapakah bekas menteri yang ada latar belakang akauntan?

Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kenapakah mahkamah luar negara diceritakan nama-nama yang tidak pernah disebut sebagai penerima dana 1MDB?

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan, Datuk Dr. Tawfiq Ayman iaitu suami kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, didedahkan dalam perbicaraan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) oleh Ketua Operasi Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leissner, sebagai orang yang menerima ‘sogokan’ dana 1MDB.

Anehnya, nama-nama oleh berkenaan tidak pernah disentuh ketika perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan syarikat 1MDB.

Walaupun, pada tahun 2018, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) telah mengeluarkan saman 1MDB dimana menerusinya boleh dilihat wujud pelaku sebenar yang menyeleweng dan memindah dana ini dan mengikut saman itu, Najib bukanlah pelaku.

Senarai ini sebenarnya hanya boleh diminta oleh agensi berkaitan. Dalam hal ini adalah melalui kuasa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki.

Tetapi kita juga menyaksikan kempen-kempen parti DAP untuk ‘discredit’ dan menggesa penahanan Azam Baki beberapa minggu sebelum perbicaraan kes di Mahkamah Daerah Timur New York, AS.

Adakah pihak berkuasa negara ini tahu perihal sebenar tetapi sengaja memilih selective prosecution atau pilih bulu?

Adakah Federal Bureau Investigation (FBI) di AS lebih hebat daripada Special Branch (PDRM) yang digembar-gemburkan sebagai terhebat di Asia?Penyiasatan pada masa itu dipertanggungjawabkan kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador yang dilatik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah bersara pun dari perkhidmatan polisnya.

Mengapa kita hanya tahu ‘narcos list’ ini daripada berita luar negara sahaja? Konspirasi apakah lagi yang mahu menjahanamkan negara ini?

Persoalan lebih mudah dari mana datangnya duit 1MDB? Rakyat diberitahu 1MDB mengeluarkan bon.

Berniaga mesti ada produk, jika tiada produk maka ia adalah penipuan iaitu ‘fraud’.

Jika ia penipuan kenapa pula Malaysia keluh kesah dengan benda yang rugi?

Paling pelik, 1MDB tidak pernah melaporkan kehilangan wang mengikut kenyataan rasmi Ketua Pegawai Eksekutifnya pada 2015, Arul Kanda.

Kerajaan sendiri tidak risau tentang bankrapnya syarikat perjudian Genting Hong Kong selepas tiga bank tempatan memberi pinjaman tanpa cagaran RM2.5 bilion pada tahun 2018.

Melihatkan segala publisiti tentang kebimbangan kerugian wang 1MDB, apa sebenarnya yang disorokkan?

1MDB adalah syarikat baharu dan mengapakah bon terbitan ini (kertas perjanjian sahaja) terlalu ‘laku’ dan menjana wang berbilion.

Wang berbilion ini disebut, dihantar ke AS melalui ejen Goldman Sachs. Adakah pembeli bon menjadi mangsa penipuan? Adakah penjual bon iaitu 1MDB telah hilang duit, duit bon dalam bentuk transaksi bank, bagaimana boleh hilang?

Adakah perbicaraan ini akan membuka pandora box yang lebih besar? Jelaskanlah kepada rakyat dalam bahasa mudah. 1MDB itu jual apa? , apa sudah hilang?

Ia benar berlaku penipuan dan hampir sembilan tahun ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak seorang, luar mahkamah hingga dibawa ke mahkamah.

Balik kepada isu tadi, mengapa mahkamah AS mendapat maklumat yang lebih termasuk senarai ‘narcos’?

Ia sangat berbeza dengan dakwaan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam isu 1MDB yang hanya menunjukkan seolah penyelewengan ini hanya membabitkan Najib dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low sahaja.

Malah lebih dahsyat, nama-nama yang didedahkan Leissner sudah memiliki aset hasil wang 1MDB seperti rumah dan sebagainya.

Adakah wang 1MDB ini halal toyibban untuk difaraid sesama korporat-korporat dalam senarai tersebut?

Leissner memberitahu mahkamah bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pemindahan pertukaran asing sebanyak AS$1 bilion semalaman (overnight) daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI) selepas suami kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Tawfiq Ayman didakwa disogok untuk membolehkan perkara itu berlaku (‘make it happen’).

Perbicaraan di Mahkamah New York pada Isnin itu turut mendedahkan berkaitan pembelian sebuah rumah di London pada 2013 untuk kekasihnya yang juga seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media bernilai RM41.8 juta.

Perbicaraan bermula 14 Februari lalu di mahkamah persekutuan di Brooklyn, dengan pendakwa raya menuduh Ng, 49, menerima sogokan berjuta-juta dolar kerana membantu menggelapkan dana 1MDB.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases