spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kejohanan Sepak Takraw terbuka tamat hari ini

- Advertisement -spot_img

PUTRAJAYA: Satu Kejohanan Sepak Takraw terbuka Wilayah Persekutuan bermula Jumaat lalu hingga hari ini, diadakan di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Presint 18, Putrajaya.

Sumber : Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini berlangsung sempena Hari Wilayah Persekutuan 2012 melibatkan 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita yang telah mengambil bahagian melibatkan pasukan sepak takraw di seluruh semenanjung Malaysia.

 

Sumber Facebook

Manakala dari segi kelayakan umur pula bermula daripada bawah umur 21 tahun dan membenarkan seorang pemain kebangsaan untuk menyertai setiap pasukan.

Jurulatih Sukma, Ali

Menurut jurulatih Sukma yang merupakan penganjur untuk kejohanan ini berkata, sambutan pada tahun ini kurang memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya kerana terdapat kejohanan lain yang sedang berlangsung dalam waktu yang sama.

“Walaupun Kejohanan Sepak Takraw Wilayah 2022 mendapat kurang sambutan daripada segi penyertaan kerana tidak mencapai sasaran memandangkan banyak kejohanan sedang berlangsung kerana tarikhnya sama, tapi alhamdulilah ia berjalan dengan sempurna,” ujar jurulatih Sukma, Ali.

Tambahnya lagi, dengan penganjuran kejohanan sepak takraw seperti ini, ia dapat memupuk semangat generasi muda untuk meceburi sukan olah raga ini pada masa akan datang.

“Harapnya pada masa akan datang, pihak Kementerian Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Persatuan Sepak Takraw dapat meneruskan kejohanan seperti ini bagi meningkatkan semangat kesukanan, malah dapat menarik minat generasi muda menceburi dalam bidang sukan takraw, baik lelaki mahupun wanita, kata Jurulatih Sukma, Ali.

Bagi jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin, kejohanan ini dapat memberikan sedikit pendedahan kepada pelapis baharu dalam arena sukan olah raga malah memberikan menguji tahap kemampuan setiap pasukan sekirnya bergabungan dengan pemain kebangsaan

“Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Semperna Hari Wilayah ini bermula hari jumaat untuk kategori wanita, manakala sabtu dan ahad kategori lelaki dan apa yang saya dapat rangkulkan lebih kepada pendedahan pasukan Sukma Kuala Lumpur khususnya wanita serta lelaki

“Tidak kurangnya juga penglibatan pemain STL iaitu KL Thunder itu sendiri dan dengan hasil gabungan mereka ini, kita dapat menguji sejauh mana kemampuan pasukan KL Thunder mahupun pasukan Sukma.

“Dengan gabungan ini, kita dapat mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi Sukan Sukma pada tahun ini,” kata jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin.

Tekong KL Thunder, Syahir Rosdi

Menurut Tekong KL Thunder Syahir Rosdi, meskipun pasukannya dalam mood berehat daripada perlawanan Kejohanan Emas Anuar STl 2021/2022 pusingan kedua pada minggu kelima ini, namun ia menjadikan Kejohanan Terbuka Wilayah Persekutuan ini salah satu latihan bagi memantapkan lagi rentak pasukannya untuk perlawanan akan datang.

“Alhamdulilah perlawanan hari ini berjalan dengan lancar, dan bila adanya kejohanan seperti ini, ia merupakan sesi pemanas badan buat kami untuk mengaji semula rentak permainan dan boleh melihat kelemahan yang ada sebab agak lama kita tidak beraksi untuk perlawanan seperti ini.

Tambah Syahir lagi, gabungan pemain kebangsaan dan pemain muda Sukma, ia dapat memberikan pelajaran baharu serta beri suntikan semangat untuk terus berjuang dalam setiap perlawanan.

“Bila permain muda dapat bergabung dengan pemain pengalaman jadi dapat menimba ilmu secara tidak langsung seperti hadapi tekanan, manakala pemain pengalaman ini pula dapat membimbing supaya lebih matang dalam setiap perlawanan,” luah Syahir Rosdi.

Hasil daripada 3 hari berlangsungnya kejohanan ini, Pasukan Vipers B dibawah Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mendapat tempat Johan yang membawa wang kemenangan sebanyak lima ribu ringgit,

Pasukan Vipers F mendapat tempat kedua yang membawa pulang wang kemenangan berjumlah tiga ribu ringgit.

Manakala, pasukan Vipers D mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang kemenangan berjumlah seribu ringgit.

 

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases