spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Jangan runtuh dan pecah belahkan sesama sendiri

- Advertisement -spot_img


KOTA TINGGI : “Kepada rakan-rakan yang bersama-sama dengan kita, tidak perlu untuk membesarkan perkara kecil ini. Apa yang penting adalah untuk berfikir bersama demi kemenangan Barisan Nasional.

“Kalau perlu bantu, maka berilah sumbangan dari segi pendapat dan cadangan buat calon, bukan dengan meruntuhkan dan memecahkan belahkan lagi sesama sendiri”.

Demikian tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Nasaruddin Ahmad yang membidas segelintir pihak yang mempersoalkan baju yang dipakai ketika turun padang memberikan sokongan sempena Pilihanraya Negeri Johor.

Dalam pada itu, Nasaruddin turut meluahkan rasa bersyukur dengan sokongan tanpa henti yang diberikan oleh barisan jentera parti yang memastikan kemenangan terus berpihak kepada Barisan Nasional.

“Diperingkat kebangsaan sendiri, BN sudah membenarkan kita berkempen mengikut parti masing-masing jadi masalah kecil seperti tiada logo, jata negara dan sebagainya tidak seharusnya timbul. 

“Ini adalah perkara remeh, apa yang penting adalah kita memastikan kemenangan berpihak kepada calon-calon BN sendiri. Terutama bagi Tenggara sendiri, fokus utama adalah menyantuni rakyat, pengundi serta orang muda,” katanya kepada WacanaKini.com

Nasaruddin turut bersyukur dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang turun padang ke bahagian Tenggara, di sini bagi memberi kata-kata semangat serta beramah mesra dengan jentera BN.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai tuan rumah turut menyambut kehadiran Shahidan bersama isterinya yang juga merangkap Ketua Wanita UMNO Perlis, Datin Shamsiah M Yassin.

PRN Johor bakal diadakan susulan pembubaran DUN itu pada 22 Januari lalu lepas.

Hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini iaitu pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Seramai 49,290 petugas SPR akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN membabitkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara keseluruhannya jumlah pusat mengundi sebanyak 1,084 buah dengan 4,720 saluran.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases