KUALA LUMPUR : Penyanyi veteran popular Hail Amir dan atlet lompat jauh paralimpik negara, Abdul Latif Romly menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Anugerah berkenaan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.
Hail Amir yang menjadi inspirasi ramai dalam industri seni ini popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba, Hujan, Tanda Kasih dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, beliau turut menyampaikan mesej positif menerusi lakonannya dalam filem seperti Sesejuk Air Mata Ibu, Menanti Hari Esok, Dendang Perantau dan sebagainya.
PENYANYI veteran popular Hail Amir dan atlet lompat jauh paralimpik negara, Abdul Latif Romly menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Anugerah berkenaan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.
Hail Amir yang menjadi inspirasi ramai dalam industri seni ini popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba, Hujan, Tanda Kasih dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, beliau turut menyampaikan mesej positif menerusi lakonannya dalam filem seperti Sesejuk Air Mata Ibu, Menanti Hari Esok, Dendang Perantau dan sebagainya.
sumber Wilayahku