spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dahulu saya sangka Islam agama kebencian – Hussein

- Advertisement -spot_img

Lahir dalam agama Buddha, tidak semestinya berakhir dalam agama sama.

Pada usia 44 tahun, Hussein Chuang Abdullah dan bapanya, Chuang Khe Chong, 81, memilih agama Islam sebagai cara hidup mereka.

Segalanya berubah setelah datangnya pandemik Covid-19 pada tahun 2020, perniagaan ‘hardware’ yang diusahakan bersama bapanya, sejak lapan tahun lalu akhirnya musnah pada pertengahan tahun lalu.

Hussein bersama bapanya menetap di Dewan Masyarakat Taman Sri Sinar sejak empat bulan lalu setelah dihalau dari pemilik rumah sewanya.

“Isteri juga meninggalkan saya kerana faktor kewangan. Jadi, saya hanya ada bapa sahaja.

“Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, setelah perniagaan ditutup, kami pula dihalau daripada rumah sewa kerana gagal membayar sewa selama lapan bulan.

“Pemilik rumah menukar kunci rumah menyebabkan kami terpaksa mencari tempat berteduh.

“Setelah penat ke sana ke mari, akhirnya kami bercadang tidur terlebih dahulu di belakang Dewan Taman Sri Sinar.

“Keesokkannya, Pengerusi Surau Al-Mutaqqiem, Haji Pajar Mohd Yahya dan jemaah berhampiran dewan menemui dan menawarkan kami untuk menetap di dewan sementara ada penempatan sesuai yang lain,” katanya.

Pengerusi Surau Al-Mutaqqie merangkap Timbalan Pengerusi MPPWP Sub Zon 4 Segambut, Haji Pajar Mohd Yahya

Hussein menambah lagi, segala kebaikan yang dilakukan jemaah surau dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon 4 Segambut amat menyentuh hatinya.

Pengerusi MPPWP Sub Zon 4 Segambut, Abdullah Imbi, Timbalannya Haji Pajar Mohd Yahya menyerahkan surat penempatan PPR kepada bapa Hussein. Turut hadir, Setiausaha MPPWP Sub Zon 4 Segambut, Haji Ramlee Daiyik.

“Sedih bila fikirkannya, bangsa sendiri tak bantu saya, tetapi orang Melayu pula bersungguh-sungguh mahu saya dan bapa dapat hidup lebih baik.

“Dahulu saya sangka Islam ini agama kebencian, ekstremis tetapi sebenarnya Islam itu indah dan penuh kebaikan.

“Hal itu membuka pintu hati saya dan bapa untuk memeluk Islam.

“Covid-19 banyak hikmah, ia menjauhkan kita daripada golongan tidak baik kepada golongan baik, mengenalkan kita siapa sebenarnya kawan, malah kerana ia kami masuk Islam.

“Jumpa Pengerusi Surau Al Muttaqqiem, Haji Pajar yang merintis jalannya untuk saya menemui jalan kepada Tuhan,” katanya.

Selain itu, jemaah surau amat membantu, beri sokongan moral dan kewangan agar mereka berdua meneruskan hidup.

Ikuti kisah Hussein dalam siri seterusnya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases