spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Chef Wan muak kerenah bekas menantu saman RM1 juta

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

PETALING JAYA – Dek kerana mulut, badan binasa.

Itu yang terpaksa dihadapi cef selebriti, Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuwan Ismail apabila menerima surat tuntutan saman berjumlah RM1 juta daripada bekas menantunya, Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon, Emma Maembong.

Ia berpunca daripada teguran terbukanya mengenai perbalahan Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail dengan bekas suami, Nadzri yang juga anak lelakinya, berhubung soal anak, beberapa bulan lalu.

Chef Wan, 65, dalam satu hantaran dimuat naik di Instagramnya, berkata surat tuntutan saman itu telah dihantar melalui peguam bekas menantunya untuk menuntut saman malu.

“Bekas isteri anak saya, Shikin Maembong melalui peguamnya telah menghantar surat saman malu kononnya beberapa bulan lalu saya menegurnya dan anak saya, Nadzri bergaduh tentang anak. Hal bapa atau ibu adalah sama ke atas anak itu.

“Kerana mahu membalas dendam sebab tidak berpuas hati tentang urusan nafkah anak, dia (Shikin) menggunakan cara itu (saman),” katanya.

Dalam hantaran sama, Chef Wan enggan untuk melayan tuntutan bekas menantunya itu kerana ia membuang masa selain berfikir masing-masing sudah dewasa dan boleh berfikir.

“Saya tidak ada masa. Letih saya melayan kisah anak-anak ini semua. Miskin sangat ke nak saman saya RM1 juta?” kata Chef Wan.

Malah, dia turut terkilan atas tindakan saman yang dikenakan ke atasnya kerana mendakwa pernah membantu wanita itu ketika dalam kesusahan.

“Tak rasa malu ke semasa susah, saya juga yang uruskan bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bekas bapa mertua, salah ke jika saya memberikan nasihat?

Sebagai orang tua, saya memberikan nasihat yang baik-baik tanpa perlu melibatkan mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai, namun masih sama-sama menjaga anak.

Masing-masing dah tua. Tolonglah matang. Mahkamah ada banyak isu yang penting. Jangan ditambah lagi isu-isu bodoh nak saman bekas bapa mertua.

“Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwinkan kau berdua guna duit saya 100 peratus? Anak saya dah bersetuju untuk anaknya dijaga ibu (bekas isteri) cukuplah. Jika dia (Nadzri) mahu luangkan masa bersama anaknya beberapa hari dalam sebulan biarkan. Itu adalah anaknya,” luah Chef Wan.

Dedah Chef Wan lagi, sudah hampir setahun Nadzri tidak berjumpa dengan anaknya kerana dihalang oleh bekas isterinya.

Nadzri atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuwan, 40, mendirikan rumah tangga dengan Shikin pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.

Nadzri yang baru sahaja berkahwin buat kali ketiga pada Januari lalu, sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia untuk perkahwinan pertama. Mereka bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases