spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Astro, PSM jalin kerjasama selaku rakan penganjur STL sehingga 2032

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR,18 Februari2022, Astro meneruskan kerjasama sebagai kesinambungan komitmen bersama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) selaku rakan penganjur Sepak Takraw League (STL) selama 10 tahun sehingga 2032, demi pembangunan masa depan sukan sepak takraw bukan sahaja diperingkat domestik, malah kenegara-negara serantau.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John menganggap kerjasama baik dan utuh sejak sekian lama bersama PSM semenjak 2014 sehingga kini telah berjaya membawa perubahan dan nafas baru kepada landskap sukan warisan ini kembali rancak.

“STL telah mencetuskan fenomena yang luarbiasa sehingga pelbagai kejayaan yang telah ditempater masuk meraih sekitar 15.6 juta penonton antara tahun 2018-2021, dan kerjasama bersama beberapa syarikat penyiaran antarabangsa untuk melebarkan sayap dan perhatian buat pertandingan ini.

Untuk musim 2021/22, siaran Sepak Takraw League (STL) telah menembusi pasaran lebih dari 6 negara, termasuk Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan Hong Kong, memberi petunjuk yang baik dari segi penerimaan buat sukan ini.

Liga kompetitif dan berprestij ini telah menjadi tumpuan peminat diserantau dan sudah tentu kami ingin menjadikan STL satu acara sukan yang gah dan premium untuk disiarkan keseluruh dunia”.

“Dengan kejayaan ini tidak mustahil Malaysia mampu menjadi hab sukan dan kuasa besar sukan sepaktakraw dirantau ini. Ini juga adalah salah satu langkah untuk meningkatkan kualiti pemain negara dalam melahirkan pemain sepaktakraw bertaraf dunia”.

Datuk Sumali Reduan.

Sementara itu Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan pula yakin dengan termeterainya kerjasama ini akan merancakkan lagi usaha sama antara kedua-dua pihak dalam memberi impak positif mentransformasi sukan ini.

Beliau menyatakan bahawa, PSM selaku badan Induk Sukan negara yang diiktiraf oleh MOM mengucapkan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya MOM, ASTAF dan KBS yang memberikan sokongan dan dokongan dalam penganjuran kejohanan STL selama ini.

“Persatuan mempunyai sasaran jelas untuk memartabatkan kembali nama Malaysia dalam sukan ini melalui komitmen jangka panjang bersama ASTRO yang mempunyai platform besar dalam mempromosikan sukan tradisi ini”.

“PSM juga telah bekerja keras sebelum ini dalam menjadi pelopor sukan ini dan usaha ini tidak akan terhenti begitu saja, kami akan terus berganding bahu merangka strategi baru dan hala tuju dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan sukan inidi persada antarabangsa.”

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases