KULAI : Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Ramlan Askolani melihat kecenderungan momentum kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) untuk Pilihanraya Negeri (PRN)Johor kali ini.
Biarpun situasi berbeza di kala pandemik dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun sekali gus tidak menghalang pihak berwajib untuk mendekati masyarakat setempat.
“Hari ini saya turun padang sempena penamaan calon di Bukit Permai, pada awalnya memang tidak dibenarkan kerana ingin mematuhi SOP namun perlu menjaga jarak dan keselamatan diri.
“Jika dilihat, Alhamdulilh ramai juga penyokong BN yang turun padang. Bukan saja BN, malah parti-parti lain seperti MUDA, Perikatan Nasional (PN), PEJUANG dan banyak lagi. Namun, BN lebih ramai turun menyokong.
Beliau yang juga merangkap Pegawai Tugas-Tugas Khas II Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut turun padang mendekati rakyat ketika ‘walkabout’ sekitar kawasan Bukit Permai, di sini.
“Pendekatan yang diambil ini adalah satu inisiatif yang baik bagi mendekatkan diri dengan peniaga-peniaga sekitar kawasan Bukit Permai. Secara tidak langsung dapat berjumpa masyarakat secara ‘face to face’.
“Sekurang-kurangnya, penduduk tempatan dapat merasai kehadiran kita secara fizikal. BN dilihat bukan saja ingin meraih undi tetapi sentiasa turun padang mendengar masalah rakyat.
“Wilayah Persekutuan memegang tanggungjawab sebagai ‘negeri angkat’ kepada Johor Bahru dan Kulai (Bukit Permai). Isu nasionl sebelum ini terlalu kuat, jadi kali ini diteruskan tepat pada masanya,” katanya.
PRN Johor pada 12 Mac ini menjadi pertembungan yang paling sengit dalam sejarah negeri itu apabila seramai 239 calon disahkan akan bertanding untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).