spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Aktiviti wang perlindungan : 4 ditahan

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR: Empat lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerasan dengan meminta RM150 sebagai wang perlindungan daripada pemilik sebuah restoran di Taman Melawati, Ampang.

Penahanan suspek berusia 27 hingga 44 tahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota Balai Polis Taman Melawati di lokasi kejadian, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit, sebuah kenderaan bersama kunci, dan sekeping sampul mengandungi wang tunai disyaki bayaran perlindungan.

“Siasatan awal mendapati suspek meminta wang perlindungan bulanan dan jumlahnya mengikut seikhlas hati. Dalam kes ini, sebanyak RM150 diberikan dan ia kali pertama.

“Soal siasat suspek membawa kepada pengakuan melakukan pemerasan berkenaan. Pemeriksaan lanjut pula mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini.

Bagaimanapun, katanya, hasil ujian saringan air kencing keempat-empat suspek didapati negatif.

Katanya, kesemua suspek direman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases