TUMPAT: Gara-gara amukan seorang individu lelaki mental, empat anggota polis termasuk dua pegawai Inspektor dilaporkan telah tercedera di kepala serta beberapa anggota badan, kerana telah ditetak menggunakan parang serta kerambit di Kampung Sedar pada Sabtu lalu jam 8.30 malam.
Difahamkan, suspek mental berkenaan yang berusia 36 tahun tersebut di bawah pengaruh dadah berbahaya.
Selain itu, menurut sumber daripada orang awam yang telah melaporkan kejadian di bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat, memberitahu terdapat seorang lelaki mengamuk di sebuah rumah tanpa nombor di belakang tangki air di Kampung Sedar di sini.
“Anggota polis daripada Balai Polis Tumpat dan BSJ IPD Tumpat ke tempat kejadian untuk membuat tangkapan segera.
“Semasa proses tangkapan, suspek yang bersenjata parang dan kerambit itu bertindak agresif hingga berlaku pergelutan menyebabkan dua Inspektor, seorang Koperal dan seorang Lans Koperal mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Balai Wakaf Bharu Tumpat antara Sub Inspektor Abd Halim Shafai dan Sarjan Mejar Mohd Sakri Abdul Ghani di Balai Wakaf Bharu, di sini, semalam.
Ekoran daripada pergelutan tersebut, seorang Inspektor mengalami luka calar dianggarkan sepanjang 10 sentimeter (cm) di belakang badan manakala seorang lagi Inspektor luka di lengan sepanjang kira-kira lima cm dan menerima lapan jahitan.
“Seorang anggota yang berpangkat Koperal pula mengalami luka di kepala sepanjang kira-kira sembilan cm dan seorang Lans Koperal luka di tangan sepanjang dua cm,” kata Mohd Azmir.
Sumber Sinar.