spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tuah Adzmi jual Mini Cooper RM18,000 saja

- Advertisement -spot_img

Kuala Lumpur: Akibat desakan hidup kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, penyanyi Tuah Adzmi terpaksa menjual kereta jenama Mini Cooper miliknya dengan harga RM18,000 saja.

Tuah Adzmi atau nama sebenarnya, Arumi Nafis Mohd Adzmi berkata, keputusan itu diambil bagi meneruskan kelangsungan hidup dan wang simpanannya juga makin susut.

“Seperti orang lain, pandemik yang melanda negara turut memberi impak terhadap periuk nasi saya. Apatah lagi, saya tidak boleh bekerja dan undangan nyanyian pun tiada.

“Wang simpanan pula semakin susut. Jadi, saya tiada pilihan dan memutuskan untuk menjual kereta Mini Cooper itu pada harga RM18,000 saja. Nak jual dengan rakan pun tak boleh sebab memang kita semua sedang PKP masa tu. Memang saya terdesak,” katanya yang juga peserta Big Stage 2022 yang akan bermula Ahad ini.

Tuah Adzmi berkata, dia menggunakan wang hasil jualan keretanya itu sebagai modal untuk berniaga makanan dan pakaian.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, perniagaan yang dimulakan juga turut gagal kerana masa yang kurang sesuai.

“Selain untuk tampung kehidupan, saya gunakan duit hasil jual kereta itu untuk jadikan modal berniaga Roti John ketika Ramadan dan dalam masa sama saya juga jual t-shirt. Namun, perniagaan tak menjadi.

“Nasib baik ada sebuah kereta Perodua MyVi yang masih boleh digunakan. Namun, kereta itu digunakan oleh ibu selepas dia pencen tetapi saya pakai dulu.

“Saya nak kembali bina kerjaya dan mahu senangkan ibu. Cukup makan minum kami barulah saya akan fikir mengenai kereta baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Tuah turut meluahkan rasa bersyukur kerana bidang hiburan sudah kembali rancak dan dia sudah boleh mula bekerja untuk menyimpan wang semula.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases