Kuala Lumpur : Ibarat harimau yang baru terjaga daripada lena, KL Thunder melupakan kekalahan tipis kepada Penang Black Panther semalam dengan berjaya mengalahkan Perak Bison 2-1 (25-24,13-21,21-16).
Rashidi Nordin menyenaraikan Aizat selaku tekong utama bergandingan dengan Azlan dan Amirul.
Manakala Perak Bison di bawah bimbingan Suhairi Abd Aziz mempertaruhkan gandingan Anuwat Sombatdee selaku tekong bersama Amirul dan Asyraaf.
Set pertama agak seimbang dimana KL Thunder dan Perak Bison saling berbalas serangan sehingga satu ketika kedua-dua pasukan terikat 20 sama pada set pertama.
Strategi memasukan Syahir dan Hanafiah dipenghujung set pertama membuahkan hasil apabila KL Thunder berjaya memenangi set pertama dengan keputusan 25 berbalas 24.
Namun begitu, rentak cemerlang di set pertama gagal diteruskan oleh KL Thunder di set yang kedua. Api kebangkitan Perak Bison berjaya mengheret perlawanan ke “rubber set” dengan menewaskan Kl Thunder 21-13.
Set penentuan menyaksikan KL Thunder bersemangat dan mendapat rentak perlawanan untuk menewaskan Perak Bison dengan mata 21-16 dan sekali gus mengumpul empat mata keseluruhan daripada tiga perlawanan.
Turut hadir pada perlawanan malam ini Presiden (PERSEWIP) Datuk Mohd Sumali Reduan, memberikan semangat kepada pasukan KL Thunder menentang Perak Bison. Menurutnya, beliau kurang berpuas hati dengan corak permainan yang ditonjolkan pemain KL Thunder malam ini dan perlu diperbaiki lagi.
“Semoga KL Thunder akan kekal bertahan dalam setiap perlawanan, walaupun ada sedikit kerisauan dari segi “service tekong” dan insha allah perlawanan esok akan diperbaiki, momentum ini akan diteruskan ke perlawanan seterusnya sebab ia lebih mencabar untuk menentang pasukan lain yang konsisten
“Saya masih lagi tidak berpuas hati kerana ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki terutamanya dari segi tekong dan hantaran feeder kepada killer,
“KL Thunder perlu dapatkan rentak untuk STL ini segera, kalau tidak akan ketinggalan jauh dan tidak boleh menunggu minggu keempat baru mendapat rentak, tidak boleh, kena bermula sekarang,
“Minggu kedua terbaik untuk mulakan rentak dan minggu seterusnya akan konsisten,” ujar Datuk Sumali.
Dalam pada itu, tekong KL Thunder, Aizat merasakan masih belum berpuas hati dengan pretasi yang ditonjolkan pada perlawanan ini kerana banyak yang perlu diperbaiki lagi.
Aizat juga menyambut ulang tahun kelahirannya ke 28 pada malam ini.
“Pertanding tadi berpihak kepada KL Thunder, berpuas hati tu belum lagi sebab banyak perlawanan perlu diperbaiki dan perlawanan tadi tu dipanggil rezeki sebab belum tentu perlawanan akan datang mendapat tuah sebegini,
“Masa sesi latihan nanti kami akan perbaiki segala kelemahan dan untuk perlawanan akan datang harap akan ada tuah seeperti malam ini
Tambah Aizat lagi, pertembungan KL Thunder dan Perak Bison menyaksikan perlawanan yang ditunggu-ditunggu kerana setiap set mempunyai rentak permainan berbeza.
“Kami “struggle” sebab KL Thunder ni ibarat macam pasukan JDT sebab semua pemain Malaysia disitu, jadi pasukan lain menyimpan hasrat untuk kalahkan KL Thunder,
“Permainan kami terlalu berhati-hati, jadi insha allah, esok kami akan buat yang terbaik,” ujar Aizat.
Menurut jurulatih KL Thunder Rashidi Nordin berkata, KL Thunder akan membuat persiadaan rapi untuk menentang Selangor Piston pada jam 5 petang dan memperbaiki kelamahan anak buahnya.
“Untuk besok kami akan bertemu Selangor Piston pada pukul 5 petang, KL Thunder akan membuat persiadaan
“Daripada segi regu serangan kami perlu perbaiki lagi dan bahagian pertahanan pula baik namun ada “simple mistake”yang tidak harus dibuat, tetapi ia berlaku jadi perkara itu perlu ditekankan kepada pemain agar peka supaya tidak mengulangi lagi,”luahnya.