spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

RFID idea asal saya

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR, 27 Jan 2022 – Di sebalik kontroversi perlaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), ramai tidak tahu idea itu sebenarnya sudah wujud 11 tahun lalu oleh seorang anak tempatan.

Pemilik idea itu adalah Norshahrizal Nordin, pemegang pertama lesen Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat.

Norshahrizal adalah Pengerusi Persatuan Usahawan Rekacipta dan Inovasi, tahu serba serbi mengenai RFID dan pernah menyertai pameran teknologi RFID di Hanover German.

“Saya adalah orang pertama yang mencadangkan RFID di plaza tol Malaysia, Jabatan Imigresen dan Visa.

“Kami dari syarikat kecil ketika itu tetapi kami ada kepakaran, keupayaan untuk buat sistem RFID yang bagus.

“Cadangan RFID itu di bawah syarikat BSM, Rapid Technology dan IB Technology, dibawa menyertai pameran terbesar CeBit, di Hanover, German.

“Kami sudah bagi cadangan, kami sudah integrated RFID dalam nombor plet untuk jadi standard, kami bagi percuma sesiapa yang pakai sistem RFID.

“Kami sudah cadang isu ini ketika zaman Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, masa tu melalui setiausahanya, Datuk Fakharuddin, tetapi selepas tu senyap.

“Tiba-tiba muncul kembali berita RFID ini pada 2018, jadi anda nilailah sendiri,” katanya.

Setelah berlaku kekecohan di Plaza Tol apabila lorong Smart TAG di hapuskan dan di ganti dengan lorong RFID, ramai yang bertanya siapakah di belakang RFID?

Sementara itu, memetik portal Info Rakyat, RFID mula di perkenalkan pada tahun 2018 dan menjalani proses percubaan dan umum tahu sambutan tak berapa walaupun pada mulanya di beri secara percuma.

Banyak sebab kenapa ramai mengekalkan Smart TAG dan antara penyebabnya pemilik Smart Tag boleh bawa bersama ke kenderaan lain. Pelekat RFID hanya kekal pada satu kenderaan dan tidak boleh pindah.

Tiba tiba secara mengejut, pengumuman tindakan drastik menukar Smart Tag kepada RFID. Jelas pada hari pertama di buat kebimbangan rakyat adalah benar apabila berlaku huru hara.

Sistem RFID yang di gunakan oleh Plus dikendalikan oleh operator Touch N Go Sdn Bhd, yang baharu memperkenalkan E-Wallet sebagai pembayaran.

Setiap lorong RFID perlu dipasang dengan antena ataupun pengesan untuk mengenal pasti identiti kenderaan, memproses permintaan bayaran, dan memotong baki E-Wallet.

Semua ini memerlukan hardware dan software (program). Punca kegagalan sistem RFID ketika dilancarkan, dikatakan berpunca daripada isu hardware dan software berkenaan.

Memetik portal Info Rakyat, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif SMTrack Sdn Bhd yang juga menantu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, SMTrack Bhd menafikan pembabitan dalam projek Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di plaza tol, sekali gus mengecam tuduhan tidak berasas terhadapnya berhubung perkara itu.

Pakar penyelesaian RFID itu berkata, ia kebiasaannya tidak memberikan maklum balas terhadap berita sensasi dari Internet, namun tuduhan semasa memberikan reputasi yang teruk terhadap integriti SMTrack dan menjejaskan keyakinan pelabur.

Timbalan Pengerusi Eksekutif SMTrack, Azmi Osman, dipetik Bernama berkata sehingga kini, syarikat itu tidak terbabit dalam projek RFID di plaza tol.

Azmi juga menyangkal dakwaan bahawa pelantikan Saiful Nizam sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat adalah berkaitan dengan hubungan politiknya.

Beliau berkata, pelantikan Saiful Nizam sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tiada kaitan dengan hubungan politiknya dan ia dilakukan berdasarkan merit dan pengalaman beliau semata-mat

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases