spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Neelofa, PU Riz timang anak lelaki… Pilih nama Muhammad Bilal

- Advertisement -spot_img

PELAKON dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa sudah selamat melahirkan anak lelaki pada Ahad

Menerusi kenyataan media, mereka memilih Muhammad Bilal Muhammad Haris sebagai nama anak sulungnya itu.

“Assalamualaikum. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.

“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor sudah selamat melahirkan putera sulung pada 29 Januari lalu, jam 3.44 petang,” katanya.

Pasangan ini juga meluahkan rasa penghargaan atas doa dan ingatan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan bersyukur atas doa dikirim anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri, tahun lalu, mohon titipkan juga doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami mampu menjadi khalifah dan memberikan kebaikan kepada agama serta negara,” katanya.

Pasangan ini juga memohon maaf tidak dapat berkongsi gambar permata hati mereka buat masa ini.

Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases