spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

MEDAC, DPUKM mahu perkasa usahawan tempatan

- Advertisement -spot_img

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mahu memperkasakan usahawan tempatan agar produk yang dihasilkan dapat berada di rak hadapan pasaraya, sekali gus membantu rakyat untuk mendapatkan barangan pada harga berpatutan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya akan berusaha untuk membangunkan usahawan dengan mencari jalan untuk mengedarkan produk usahawan tempatan ke pasaraya.

“Insya-Allah, kita bukan sahaja boleh membantu produk usahawan tempatan, tetapi juga membantu rakyat dengan menyediakan produk dengan harga lebih murah kerana kini jika dilihat harga ayam sahaja sudah naik begitu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan aplikasi dan laman sesawang Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden DPUKM merangkap Pengerusi HUN 2022, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor.

Noh turut menzahirkan cara untuk melahirkan lebih ramai usahawan tempatan, dengan membina kerjasama dengan mana-mana persatuan.

“Satu daripada cara untuk memperkukuh struktur ekonomi ialah dengan membina kekuatan melalui persatuan yang mana DPUKM menjadi ejen kita. Eksport produk usahawan tempatan sampai ke luar negara seperti Indonesia.

“Pada masa sama, kita dapat meningkatkan mutu produk terutama yang dihasilkan oleh usahawan Bumiputera yang mana mereka boleh pasarkan produk di lokasi pilihan dan persatuan bantu dari segi kemudahan diperlukan,”katanya.

Jelasnya lagi, MEDAC sentiasa bekerjasama dan terbuka dengan semua persatuan usahawan yang ada di negara ini termasuklah DPUKM yang akan mengadakan HUN 2022 selama lima hari bermula 24 Mac depan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

“Apabila ribuan usahawan boleh berkumpul di sini nanti, kita boleh buat jualan murah dan pada masa sama, peniaga dapat membina jaringan dalam kalangan mereka seterusnya sama-sama berjaya di peringkat nasional dan antarabangsa,”katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases