spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL Thunder benamkan Johor Tigris

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR, 21 Jan 2022 : Perlawanan kedua kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022 pada minggu ketiga nampaknya telah dimenangi oleh KL Thunder dengan membenam pasukan Johor Tigris 2-0, (21-18, 21-15).

Pada minggu ini, KL Thunder menunjukkan taringnya pada permulaan permainan dan ia boleh dilihat apabila mereka melakukan beberapa hantaran yang berbahaya dan berbisa.

Permulaan yang baik pada set pertama apabila KL Thunder berjaya memenangi dengan keputusan 21-18.

Tanpa membuang masa, KL Thunder berjaya membenamkan pasukan Johor Tigris dengan keputusan 21-15, sekali gus berjaya memenangi pada perlawanan kali ini.

Pencaturan KL Thunder mengantikan apit kanannya iaitu Azlan Alias kepada Hanafiah, nampaknya membuahkan hasil apabila kombinasi mereka dilihat sangat serasi ketika bermain.

Azlan dimaklumkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian peha kanan dan direhatkan untuk perlawanan kali ini.

Jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin

Menurut Jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin, meskipun ada sedikit perubahan percaturan dalam penukaran pemain, namun ia membuahkan berhasil.

“Saya melihat perlawanan KL Thunder menentang Johor Tigris pada petang ini di peringkat awalan, di set pertama, ada sedikit kelonggaran dari segi rejaman Hanafiah dan servis Shahir tetapi selepas 10 mata yang terawal tu ada kebangkitan yang berlaku.

“Alhamdulillah berkat kesabaran dan perancangan kami dapat memenangi set yang pertama, Azlan mengalami kecederaan ringan di bahagian peha kanannya, tapi tidak la serius, tapi saya ambil peluang untuk rehatkan dia menentang Johor Tigris

“Tetapi saya berpesan kepada Azlan supaya bersiap sedia,” ujar jurulatih KL Thunder Rashidi Nordin.

Foto : STL Astro Arena

Kemasukan kembali tekong utama Syahir Rosdi di perlawanan menentang Johor Tigris nampaknya memberikan tekanan dan saingan yang sengit buat pasukan lawan.

“Alhamdulilah, jurulatih KL Thunder berikan kepercayaan kepada saya, walaupun saya bermain tidak “perform” sebelum ini, tapi sentiasa berikan dorongan untuk bermain perlawanan akan datang, jadi bila mereka letakkan kepercayaan, maka saya harus buat yang terbaik

“Keyakinan saya belum sampai seratus peratus, dalam 50 peratus macam tu, sebab beberapa perkara seperti memikirkan mata, servis, dan saya perlu bermula daripada bawah balik, bila dah dapat semula keyakinan tu, saya akan berikan sepenuhnya,” kata Syahir.

Apit kanan KL Thunder, Hanapiah

Menurut pemain apit kanan KL Thunder, Hanapiah, tuah berpihak kepadanya apabila pertukaran yang dilakukan oleh jurulatih merupakan percaturan yang tepat apabila kombinasi antara pemain dilihat lebih kompetitif dan dapat memberikan saingan hebat kepada Johor Tigris.

“Bila pihak pengurusan beri kepercayaan untuk saya gantikan Azlan, jadi saya perlu menunjukkan kebolehan yang ada dan cuba berikan yang terbaik dan bantu sebolehnya.

“Nak cakap berpuas hati untuk perlawanan malam ini, tidak, kerana saya baru pertama kali bermain secara penuh, banyak lagi yang perlu diperbaiki, ” kata Hanapiah.

Kapten KL Thunder, Amirul Zazwan.

Menurut kapten KL Thunder, Amirul Zazwan, meskipun pertukaran pemain dilakukan namun ia tidak menjadi masalah buatnya kerana mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.

“Alhamdulilah, perlawanan menentang Johor kami menang 2-0, saya rasa nampak peningkatan dari minggu sebelum ini, saya harap kita akan buat lebih baik untuk minggu seterusnya sebab perjalanan masih jauh,
“Harapnya, moral-moral kepada semua pemain akan naik selepas ini,

“Saya rasa tak ada masalah, kami berlima memang selalu bermain, keserasian memang ada, tapi kami perlu perbaiki segala kelemahan yang ada,” ujar Amirul Zazwan.

Dengan kemenangan menentang Johor Tigris hari ini, menjadi pembakar semangat KL Thunder untuk bertemu dengan Kelantan Warrior, ahad ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases